Amir Ahnaf

Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin atau nama komersialnya Amir Ahnaf (lahir 17 Februari 2000) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau membuat kejayaan dengan membawa watak sebagai Kahar iaitu seorang pelajar di KUDRAT dan digelar “Kapla High Council” didalam siri Astro Originals Projek: High Council pada tahun 2023. Amir Ahnaf memulakan kariernya sebagai pelakon dalam membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 dan memegang watak sebagai Ejoi yang telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 22 Disember 2022. Kerjayanya bermula setelah dia dipilih menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 2021.